Kursus Kemahiran Akademik Bahasa Inggeris (Jangka Pendek)

 Kursus Kemahiran Akademik Bahasa Inggeris (Jangka Pendek)

Kursus yang direka khas untuk anda yang ingin meningkatkan tahap kemahiran Bahasa Inggeris agar menyiapkan anda mengikuti pengajian di Kolej atau Universiti, demi mencapai kejayaan akadmeik. 


Sebagai pelajar sekolah menengah atau mahasiswa/mahasiswi,

adakah anda menghadapi cabaran sebegini…


😔Rasa kurang yakin untuk membalas rakan-rakan dan pensyarah dalam Bahasa Inggeris, takut membuat kesilapan dalam sebutan Bahasa Inggeris?


😔Takut dihakimi atau dikertawakan oleh orang lain ketika bertutur Bahasa Inggeris?


😔Susah memahami atau mengikuti subjek yang diajar dalam Bahasa Inggeris?


😔Tidak tahu apa yang disampaikan oleh pensyarah asing dalam kuliah?


😔Menghadapi kesukaran mengeluarkan idea dalam Bahasa Inggeris untuk menghasilkan penulisan akademik menyebabkan prestasi akademik yang rendah?


Apa manfaat yang akan anda peroleh daripada Kursus Kemahiran Akademik Bahasa Inggeris? 


✅Melengkapkan anda dengan kemahiran Bahasa Inggeris untuk pengajian di universiti.


✅Meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan keyakinan diri dari segi mendengar, bertutur, membaca dan menulis.


✅Dapat memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.


Garis Panduan Pelaksanaan Kursus 

Creative Edu® Kursus Kemahiran Akademik Bahasa Inggeris berpusat pada empat kemahiran asas penting Bahasa Inggeris, dengan adanya konteks akademik yang sangat spesifik dan komprehensif untuk pengajian universiti.


Kemahiran mendengar

✔️Berlatih untuk mendengar Bahasa Inggeris dengan pelbagai tugasan audio yang terdiri daripada loghat berbeza disediakan, belajar untuk memperhatikan konteksnya.

✔️Meningkatkan keyakinan diri anda dalam mendengar dan memahami perbualan dan pengucapan supaya anda dapat menyediakan diri dengan kemahiran mendengar dan dapat mengikuti pembelajaran.


Kemahiran membaca

✔️Meningkatkan kemahiran membaca akademik melalui teks akademik pelbagai disiplin yang disediakan untuk anda, pada masa yang sama meningkatkan perbendaharaan kata yang memberi kelebihan akademik.

✔️Ketahui cara mengimbas konsep dan isi penting, maklumat terperinci dalam tugasan membaca anda serta mentafsirkan konteksnya secara menyeluruh.


Kemahiran menulis

✔️Menguasai kemahiran menulis yang signifikan untuk kejayaan akademik, agar dapat mengatur pemikiran dan maklumat anda dengan teratur dan menghasilkan idea akademik secara bertulis dalam Bahasa Inggeris.

✔️Berlatih teknik menulis secara jelas, ringkas dan analitik dalam penulisan anda, agar dapat menyampaikan maklumat dalam format dan struktur yang mematuhi syarat ketat universiti untuk penulisan tugasan akademik dan tesis anda.



Kelas Fizikal / Dalam Talian (Online) 1-1 atau Kumpulan Kecil

Kelas 1-1 persendirian membolehkan guru Bahasa Inggeris kami memberi tumpuan sepenuhnya kepada keperluan dan kesesuaian anda.

Anda akan mendapat perhatian 100% di dalam kelas dan belajar mengikut kadar anda sendiri dengan persekitaran pembelajaran yang selesa tanpa gangguan.


Sistem LMS

Creative Edu ® menyediakan sistem LMS yang merangkumi audio pengucapan, untuk membantu anda membuat ulangkaji pada bila-bila masa di mana sahaja dengan klik pada komputer anda.


Bahan pengajaran-pembelajaran UK

Guru Bahasa Inggeris yang berpengetahuan, berpengalaman dan dedikasi


Daftar hari ini di:

https://creativeedu.academy/


Peluang menguasai ilmu Kemahiran Akademik Bahasa Inggeris ada pada tangan anda! 


WhatsApp

016-222 8739 / 016-335 9881




Comments