Apakah cabaran-cabaran yang pelajar universiti dan kolej akan hadapi semasa melanjutkan pengajian tinggi? Rahsia terbongkar di sini.

 

Tahniah atas pencapaian anda dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), STPM dan semua yang akan memulakan pengajian tinggi di universiti atau kolej!

Adakah anda berasa kehilangan halatuju dalam kehidupan selepas keputusan SPM/STPM diumumkan? Tidak pasti bahawa ingin menyambung pengajian tinggi atau tidak, belajar di mana, belajar kursus apa?

Sekiranya rancangan anda adalah untuk melanjutkan pengajian di universiti atau kolej, salah satu cabaran yang akan anda hadapi ialah kecekapan dan pengetahuan Bahasa Inggeris anda untuk memenuhi syarat ketat pengajian universiti.  Oleh itu, saya akan berkongsi cabaran-cabaran yang ramai pelajar universiti dan kolej akan hadapi semasa melanjutkan pengajian tinggi dalam artikel ini.


1.      Tidak tahu apa yang disampaikan oleh pensyarah asing dalam kuliah

Tidak seperti di sekolah menengah, kebanyakan universiti dan kolej menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah menyebabkan ramai pelajar universiti dan kolej susah memahami atau mengikuti subjek yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh pensyarah asing boleh membawa maut. Oleh itu, sangat penting bagi anda untuk membiasakan diri dengan Bahasa Inggeris agar anda mendapat pemahaman keseluruhan kuliah. Lakukan persiapan anda sekarang, cuba dengarkan podcast dan berita Bahasa Inggeris dan belajar untuk memperhatikan konteksnya. Dengan ini, anda dapat meningkatkan keyakinan diri anda dalam mendengar dan memahami perbualan dan pengucapan supaya anda dapat menyediakan diri dengan kemahiran mendengar dan dapat mengikuti pembelajaran tanpa ketinggalan.

 

2.      Tidak tahu menulis mengikut format akademik

Memahami teori dan konteks dari buku teks atau artikel jurnal, dan keupayaan untuk menulis apa yang anda fahami dalam perkataan adalah cerita yang berbeza sama sekali. Saya telah melihat ramai pelajar yang pandai memahami topik tertentu. Namun, ketika mengungkapkan pemahaman mereka dengan perkataan dan ayat Bahasa Inggeris, mereka tersekat. Ramai pelajar universiti dan kolej menghadapi kesukaran meluahkan idea dalam Bahasa Inggeris untuk menghasilkan penulisan akademik.  Kelemahan ini menyebabkan prestasi akademik yang rendah. Penulisan akademik dan penulisan tesis bukanlah penulisan karangan biasa. Penulisan academik harus jelas, ringkas dan analitik, agar dapat menyampaikan maklumat dalam format dan struktur yang mematuhi syarat ketat universiti. Saya sangat menggalakkan anda dari sekarang berlatih teknik menulis agar dapat mengatur pemikiran dan maklumat anda dengan teratur dan menghasilkan idea akademik dengan tepat dalam Bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar siswazah juga sentiasa menghadapi masalah penulisan apabila dikenal pasti melakukan penciplakan (plagiarism) dan menggunakan “citation” ketika menghasilkan tesis akademik walaupun perisian Turnitin telah disediakan. Dengan ini, saya sangat menggalakan anda menguasai penulisan akademik dengan menggunakan teknik parafrasa dan "citation" yang betul agar anda tidak dihukum kerana plagiarisme.

 

3.      Rasa kurang yakin dan takut membuat kesilapan dalam pertuturan Bahasa Inggeris

Saya percaya ada di antara anda yang sudah berpeluh dan bergetar ketika melihat perkataan “presentation”. Anda mungkin akan membayangkan pentas, penonton, dan juga bimbang tentang apa yang harus disampaikan. Tetapi, adakah anda sebenarnya telah memikirkan hal ini sebelumnya? Apa yang sebenarnya anda takutkan? Saya percaya ketakutan utama anda sebenarnya adalah bahasa anda sendiri. Anda takut dihakimi atau dikertawakan oleh orang lain ketika bertutur Bahasa Inggeris dan rasa kurang yakin untuk membalas rakan-rakan dan pensyarah dalam Bahasa Inggeris. Saya sangat menggalakkan anda berlatih bercakap Bahasa Inggeris dengan rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah. Ini adalah cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Yang terpenting, jika anda mahu difahami, perlahankan pertuturan. Jangan berasa malu and ingin mempercepatkan ucapan untuk menyelesaikannya. Apabila anda menyampaikan pembentangan dengan jelas, pendengar akan lebih memahami apa yang anda disampaikan. Mereka akan bersabar dengan anda, jangan risau! Anda hanya perlu bersabar dengan diri sendiri.

4.      Menghadapi masalah membaca teks Bahasa Inggeris

Jika anda melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, anda perlu bersiap sedia bahawa pembelajaran universiti penuh dengan tugasan membaca daripada buku teks dan artikel jurnal. Hal ini demikian kerana, anda perlu membaca banyak sumber dan mengenal pasti maklumat yang paling sesuai untuk menggunakan beberapa teori serta maklumat dalam esei penyelidikan anda. Bukan itu sahaja, para pelajar siswazah yang berada di penghujung pengajian juga sentiasa berhadap dengan masalah tidak berupaya mensintesis bahan-bahan bacaan kepada penulisan akadmik, menjadikan pangajian mereka tertangguh atau tidak berjaya dihabiskan. Oleh itu, ia penting untuk mempertingkatkan mutu penghasilan tesis anda melalui pemahaman yang betul tentang kaedah penyelidikan dan penulisan ilmiah. Dengan ini, saya sangat menggalakan anda bermula dengan bermula dengan membiasakan diri membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris. Kemudian, anda perlu belajar mengikuti kaedah membaca aktif yang akan membantu anda mambaca teks akademik dan membuat nota dengan cara yang paling berkesan. Melalui cara ini, anda akan mula membina asas pengetahuan anda sendiri dalam bidang pengajian anda. Namun, cara yang paling hebat untuk mengamalkan kemahiran pembacaan akademik dalam Bahasa Inggeris adalah mula menghadiri kelas Kursus Kemahiran Akademik yang disediakan oleh Creative Edu®.   

 

Creative Edu® Kursus Kemahiran Akademik Bahasa Inggeris berpusat pada empat kemahiran asas penting bahasa Inggeris iaitu kemahiran mendengar, menulis, berkomunikasi dan membaca, selanjut dengan konteks akademik yang sangat spesifik dan komprehensif untuk pengajian universiti. Bukan itu sahaja, kursus ini dapat membantu anda menguasai pengetahuan dan aplikasi pengetahuan Bahasa Inggeris melalui pelbagai aktiviti dan latihan tubi berdasarkan pelbagai bidang pengajian. Cikgu kita yang berpengetahuan, berpengalaman dan dedikasi ada di sisi anda untuk membimbing anda. Creative Edu® juga menyediakan sistem LMS yang merangkumi audio pelbagai loghat untuk membantu anda membuat ulang kaji pada bila-bila masa di mana sahaja dengan klik pada komputer anda.

 

Sekiranya anda lulusan sekolah menengah dan ingin melanjutkan pelajaran di university atau kolej, tunggu apa lagi? Creative Edu® mengamalkan kaedah pengajaran-pembelajaran yang menyeronokkan dan kreatif. Anda juga mendapat perhatian dan maklum balas peribadu dari guru-guru kami. Oleh itu, anda dapat menguasai kemahiran akademik Bahasa Inggeris dengan cepat dan berkesan. Hubungi Creative Edu® segera untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda. Daftar diri hari ini dan bersiap sedia untuk pengajian universiti anda yang akan datang! Peluang menguasai kemahiran akademik Bahasa Inggeris anda ada pada tangan anda!!

 

https://forms.gle/LEpayHPaHoS1qgiz6

Comments

Popular posts from this blog

Kursus Kemahiran Akademik Bahasa Inggeris (Jangka Pendek)